Filem Lee Chong Wei damaikan permusuhan antara Tun M, Azmin

  • 5 hari lalu
Filem Lee Chong Wei damaikan permusuhan antara Tun M, Azmin

BERITA SEMASA 16 MEI 2024

Filem Lee Chong Wei yang diterbitkan pada 2018 berjaya mendamaikan permusuhan lama antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang ketika itu Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kedua-dua figura itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Mohamed Azmin dilantik menjadi Perdana Menteri.

Disebabkan itu, Syed Saddiq merancang mempertemukan mereka berdua untuk menjernihkan keadaan menerusi tontonan filem Lee Chong Wei.

#BeritaSemasa #SinarHarian #JalanTegak #SyedSaddiq #AhliParlimenMuar